Khamis, 6 Jun 2013

MoTiVaSi DiRi.......




motivasi2



Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.






























Selasa, 4 Jun 2013

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA : REBET RM200...

Borang Permohonan Rebat RM200 Telefon Online


Pendaftaran atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013.

Syarat Kelayakan Rebat RM200

  • Warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga umur 30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah
  • Model telefon pintar yang dipilih tiada had harga
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
  • Hanya satu telefon pintar untuk setiap seorang
  • Pelajar IPTA dan IPTS juga boleh memohon
Cara Permohonan Rebat RM200

1. Sila layari borang Online di laman web:

2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika sedang belajar) dan klik pada borang untuk pekerja jika sedang bekerja.

3. Sila isi butiran penuh dan hantar pendaftaran anda.

4. Salinan permohanan akan dihantar kepada anda melalui emel dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.

Cara Cetak Dan Penggunaan Boucer Rebat RM200
Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Contoh Slip Baucar Rebate RM200
Picture 

 JANGAN LUPA CETAK TAU!!!!


Sebagai kemudahan juga, berikut saya sertakan link untuk capaian kepada pemberi perkhidmatan yang berkenaan:




p/s: saya pun dapat juga...umur ngam ngam  jekkk...

Ahad, 26 Mei 2013

HAPPY 4TH ANNIVERSARY.....


24 MEI 2009
ADALAH TARIKH YANG TAK AKAN AKU LUPAKAN



ALHAMDULILLAH..
SYUKUR AKU KEPADA ALLAH...
ENGKAU TELAH MEMBERIKAN AKU SEORANG LELAKI SEBAGAI PENEMAN KU DI BUMI INI...



DENGAN DIA AKU MENGADU SUKA DAN DUKA...
DENGAN DIA AKU MENGHARUNGI CABARAN....
SESUNGGUHNYA HANYA TUHAN SAJA YANG MENGERTI DAN FAHAMI SEGALA RINTIHAN, KELUHAN, DAN RASA HATI KAMI




SUSAH NAK DIGAMBARKAN DAN NAK DIUNGKAPKAN...
TIADA KATA, TIADA BAHASA, TIADA ISYARAT YANG NAK DIBERIKAN UNTUK MENGAMBARKAN PERASAAN KEBAHGIAAN KAMI..



TIDAK ADA CINTA TANPA PENGORBANAN..
PADA SATU SAAT PASTI AKAN KAU DAPATKAN..
ASALKAN PERJUANGAN YANG ENGKAU LAKUKAN..
DILANDASI DENGAN KESABARAN...
INSYALLAH...

"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang"
"Thankx 4 Everything, Kaulah nyawa dalam hidup ku"
"I love You, Very2 Much..muah3x"..







UNTUK AMALAN BERSAMA











Selasa, 21 Mei 2013

DEMAM !!!!

tetiba jek kakak DEMAM...
adui hai...
ini yang paling merisaukan mama...
public holiday + weekend dah ada plan holiday...
nasib la anak mama pandai + suka makan ubat
apa kan daya...
kita tunggu khamis ni dan tengok keadaan..



Photo
kakak Eira lepas balik klinik...sarapan dulu...



Photo: Cepat sembuh yer syg mama...klu x kita cancel holiday trip....
malam kat rumah...tidur...sambil mama lap kan badan bai sejuk...


MAMA HARAP ANAK MAMA AKAN CEPAT SEMBUH YER....
LUV U SAYANG.....



















Ahad, 19 Mei 2013

WARNA DAN PILIHAN.....



sekarang ni mesti semua tengah fening la dengan warna...
maklumlah hari raya dah nak timbul...
masing-masing duk buka almari tengok colour apa yang belum ada...
kalau mak-mak pula fesyen @ kain jenis apa pilihan tahun ini....
bapak-bapak siapkan jek duit sebab hasilnya pasti..
 cantik..menarik...dabooom....
nah saya bentangkan warna-warna untuk pilihan semua..


jangan lupa..
warna juga merupakan terapi....
nanti kita buat entri pasal terapi warna pulak ...
semoga ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan warna...



SELAMAT MEMBUAT PILIHAN !!!!!!

Khamis, 16 Mei 2013

RINDU DAN AIRMATA......

12 Mei....hari ibu...
rancak di muka buku mereka mengungkapkan ucapan SELAMAT HARI IBU...
tapi aku..
mengangkat kedua tangan ku....
dan berdoa...
agar ibuku sentiasa tenang dan dicucuri rahmatnya.....
aku masih merinduinya...
 kasih sayangnya...
suaranya...
belaiannya...
marahnya...
aku akur TUHAN lebih menyayanginya.....
kini aku juga seorang ibu kepada dua orang puteri....
terubat juga rasa rindu..
semoga TUHAN memberi aku peluang untuk mendidik anak-anakku..
agar menjadi manusia yang berguna...
INSYALLAH...
AMIN YARABAL ALAMIN....
 
 
Photo: :: Rindu my late mummy.. Al-fatihah~ *Loved ur mom as long as mereka masih hidup di muka bumi nie and please take a good care of her.

AL-FATIHAH....