Memaparkan catatan dengan label DRAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DRAMA. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2013

SEHANGAT ASMARA EPISOD 3

Pertemuan antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief...

SELAMAT MENONTON........





SOROTAN SEHANGAT ASMARA (EPISOD 4-6)

 Bibit-bibit cinta Zainal dan Kay bakal bermula!




































Isnin, 21 Januari 2013

SeHaNGaT AsMArA : EPISOD 1

Dalam episod yang pertama ni..nampaknya pengarah dan penulis memperkenalkan watak-watak penting dalam SEHANGAT ASMARA...permulaan cerita yang menarik...mmm, kematangan pelakon pasti menjanjikan sesuatu...anyway, rileks kan diri dan selamat menonton....


EPISOD 1




JOM KOMEN......











Ahad, 20 Januari 2013

SeHAnGaT AsMArA



SEHANGAT ASMARA..RITA RUDAINI DAN ADI PUTRA




Malam ini bermulah drama bersiri SEHANGAT ASMARA di astro jam 10 malam....cerita ini menggantikan ADAM DAN HAWA..agak-agak cerita SEHANGAT ASMARA ini akan menjadi sehangat ADAM DAN HAWA....sama-samakita nantikan....SEHANGAT ASMARA mempunyai 30 episod...so, jangan lepaskan peluang menontonnya...sesiapa yang tidak ada asto Mustika HD...meh la datang blog ni sama-sama kita kongsi....






Ahad, 13 Januari 2013

SeHAnGaT AsMAra

Selepas drama ADAM DAN HAWA...kini, SEHANGAT ASMARA....Sebuah lagi novel AISYA SOFEA telah diadaptasikan dan akan di tayangkan di ASTRO tidak lama lagi......pada 21 Januari 2013 ekslusif hanya di Mustika HD 134...Drama bersiri sebanyak 30 episod ini dibintangi pelakon utama yang hebat iaitu  Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena


Sehangat Asmara
cover lama
cover baru







Harga : RM 19.90
Halaman :560
ISBN : 983-837-036-3



Sinopsis 
 
Cerita ini mengisahkan Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandangan pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu dari keluarga... Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati...

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti... Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga
menginjak sembilan tahun lamanya... Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara....Tanpa diduga, Zainal muncul kembali...Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia... Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam....Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.....

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya..



Video Teaser Drama Sehangat Asmara




Sama-sama kita tunggu......

Khamis, 10 Januari 2013

DaH BeRAkhIr........


Tamat dah drama bersiri ADAM DAN HAWA....sebuah pengakhiran cerita yang saya rasakan mengembirakan semua hati penonton....episod kali sungguh menyentuh hati.....rasa nak menangis pun ada masa HAWA baca kad atas katil hospital tu...

" Hawa dicipta dari tulang rusuk ADAM...bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya...bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya...melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya...dekat pada lengan untuk dilindunginya....dan..dekat di hati untuk untuk di cintainya...."
Indahnya kata-kata tu kan...isskhh..feeling lebih la plak...

Dalam berita radio pagi tadi kata yang mungkin ADAM DAN HAWA ni akan difilemkan.....wahhh, mesti pecah pangungkan....kalau lah jadikan saya sanggup beratur panjang dengan mr.hubbyku also anak-anakku untuk tengok filem ni....

Saya nak puji sikit pihak produksi tentang pemilihan pelakon dalam drama bersiri ni...credit untuk mereka.....mereka memilih barisan pelakon yang sememangnya memang boleh berlakon dan sesuai dan mereka berjaya menghidupkan watak yang diberi dan membuatkan saya percaya pada mereka...tahniahh!!!....bukan bersandarkan kepada rupa dan populariti semata-mata..... walaupun itu memang perlu ada dalam aspek publisiti.....sebab saya kata macam tu kerana..penonton akan lebih fokus pada jalan cerita dan lebih menghayati cerita itu...ala, macam kita baca novel la...mana kita dpt tgk muka watk tu cuma dapat membayangkan apa yang berlaku.......terima kasih AISYA SOFEA kerana memberikan plot penceritaan yang menarik dan jarang kita dapat tengok dalam drama melayu lain..oppsss.....just my 10 cent....bagi sapa yang belum tengok episod terkahir ni....layan dulu ni...




Adam Dan Hawa epd 80 (Akhir) - full by jiwang_sangat


 Jangan lupa ada promo ADAM DAN HAWA - opps!






Selamat tinggal Adam Mukhriz dan Ain Hawani.......

Rabu, 9 Januari 2013

AdAM dAn HaWA LaGi....

Masih berkisarkan kisah ADAM DAN HAWA......hari ni kita cerita pasal episod 79 yang semalam.......ada lagi pasal gaduh-gaduh....tapi tu kan gaduh -gaduh manja suami isteri...standart la kan.....rupanya, hari yang mereka pegi bercuti merangkap honeymoon tu adalah hari ulangtahun ke 9 perkahwinan mereka.....di sini kita akan dapat tengok...ADAM masih ingat tarikh itu sebab istimewa kerana dapat berkahwin dengan AIN walaupun sebab tangkap basah...manakala AIN, memang tak mahu ingat tarikh tersebut sebab ianya menyakitkan....tapi pada akhirnya AIN akur dengan takdir...dengan tarikh itu lah mereka di jodohkan dan kekal hingga ke hari itu...

"Abang, Ain tak ada apa-apa nak bagi abang"......
"It's ok..Ain dah bagi hati Ain kat abang pun dah cukup bahagia"...

Ooooo so sweet....

Mmmmm...pasal Dee dengan Muszafar pulak...alhamdulillah, Dee dah pun berubah...kecian jugak bila dia dah mula sayangkan baby tu ada pulak kejadian yang tidak baik berlaku.........walau apa pun, malam ni pastikan duduk depan tv tepat jam 10 malam untuk tengok spidod terakhir ADAM DAN HAWA....tak sabarnya........


ni episod 79...jom layan...



adam dan hawa episod 79 (ah79) by dm_5076fe864b474

Selasa, 8 Januari 2013

BerBAKi 2 HaRi LAgi....ADAM DAN HAWA

Hanya tinggal 2 episode saja lagi drama bersiri ADAM DAN HAWA di rangkaian astro Mustika HD akan habis.....bagi sapa yang tak tahu lagi, citer ni di angkat dari sebuah novel karya AISYA SOFEA (antara penulis novel kegemaran saya)yang telah diadaptasi kan kepada drama tv bersiri...walaupun ianya ada penambahan dari segi jalan cerita tapi semuanya bertujuan untuk melengkapkan plot penceritaan untuk menjadi lebih ummphh orang kata... Kadang kala saya rasakan slot penambahan itu berlebihan tapi apa kan daya bukannya boleh kita fast foward pun...jadi layan jek lah...tapi yang paling best bile part bunga-bunga cinta...perghhh layah seh...teringat zaman bercinta dengan mr. hubby ku....tapi tak la seromantik dalam ADAM DAN HAWA...nama pun drama....boleh la kita verrannggannn cikit kan...untuk pengetahuan, rumah saya tak ada pun Mustika HD tu..hi hi hi...apa yang saya buat..setiap pagi dalam perjalanan dari rumah nak ke pejabat saya kan tengok kat internet...dekat atau pun di ... Antara episod yang saya suka
[Edisi Mari Meng'AYAT'] from Adam & Hawa Ep.2 by f100004717920440 p/s: semyum sorang-sorang masa tengok episode yang memerlukan oksigennn
[Edisi Oxygen Pleaseee...] from Adam & Hawa Ep... by f100004717920440 p/s: suspen ...akhirnya episod yang menyayat hati....
[Edisi Syahdu Terasa Di Hati] from Adam & Hawa... by f100004717920440 p/s: "Tanpa sedar airmataku menitis perlahan-lahan. Aku tidak pernah taat kepadanya. Aku sering berkasar dgnnya. Malah aku tidak pernah ada rasa kasih sayang terhadapnya selama ini, Yang ada di segenap hati dan setiap udara yang memenuhi ruang paru-paruku hanyalah rasa marah dan benci. Aku tidak pernah ikhlas dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dgnnya."......sob..sob... Sama-sama kita tunggu sampai episode 80 (yang terakhir)........