Rabu, 17 Julai 2013

Ketuk Ketuk Ramadan 2013 Episod 1 (Adira)




RENDANG AYAM SERI BAYU

Bahan-bahan :
ayam                               1  ekor potong 16
bawang merah                 4  biji (dikisar)
bawang putih                   5  biji  (dikisar)
halia                                <> 1 inci (dikisar)
lengkuas                          <> 2 inci (dikisar)
cili kering                         dikisar
kerisik
bunga kantan                   3 batang dipotong halus
serai                                3 batang dititik
rempah rendang
pati ayam
minyak
gula 
garam
air


 Cara-caranya:
  • tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sampai kekuningan
  • masukkan serai, cili yang dikisar sehingga naik bau
  • bancuh serbuk rendang dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali sampai garing
  • letakkan sedikit pati ayam dan kemudian ayam dan juga sedikit kerisik
  • masukkan air secukupnya dan tunggu sehingga mendidih
  • masukkan bunga kantan dan biarkan sedikit kering sebelum dihidangkan



UDANG KARIPULEY

Bahan-bahan ;
udang
lada sulah
tepung jagung
daun kari
bawang besar               3 biji dikisar
cili kering                      dikisar
kicap manis
asam jawa
garam 
minyak


Cara-caranya :
  • gaulkan udang dengan lada sulah, tepung jagung dan sedikit garam
  • Kemudian goreng udang dalam minyak panas sehingga bertukar warna dan angkat
  • masukkan daun kari, bawang kisar sampai naik bau dan masukkan cili kisar
  • letak sedikit kicap serta air asam jawa juga sedikit garam
  • gaul sampai sebati dan sedia untuk di hidang...


selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan