Bagi peminat-peminat teater, teater RAJA LAWAK yang dahulu pernah dipentaskan 20 tahun dahulu kini di pentaskan semula di
TEMPAT : AUDITORIUM DEWAN BANDARA KUALA LUMPUR (DBKL)
TARIKH : 16 - 25 JANUARI 2013
JAM : 8.30 MALAM
TIKET : RM20, RM30, RM40 & RM50
( tiket boleh didapati di ticket2u )
KARYA ASAL & ARAHAN : ZAKARIA ARIFFIN
KARYA ASAL & ARAHAN : ZAKARIA ARIFFIN
SINOPSIS
OSMAN BOMBAY – seorang bekas pelakon/pelawak
bangsawan yang popular pada dekad 50-an masih mahu meneruskan “kerjaya”
sebagai pelawak, walaupun sudah lanjut usianya dan sering sakit pula,
pada dekad 90-an. Gaya lawaknya yang lebih berbentuk slapstick juga
sebenarnya sudah tidak digemari oleh penonton.
Pada ketika muzik rock sedang digilai oleh anak-anak
muda, “seni lawak” seperti yang dibawa oleh Osman Bombay tidak lagi
mendapat tempat. Sebaliknya, lawak dalam bentuk
“stand-up comedy” seperti yang dibawa oleh pelawak popular, M.G. RAMLI semakin digemari penonton.
Osman Bombay tidak dapat menerima hakikat ini. Isteri Osman Bombay yang masih muda, JULIAH,
cuba menyedarkan Osman tentang hal tersebut, tetapi ego pelawak itu
tidak mudah untuk menerima nasihat Juliah. Dalam pada itu, seorang
pelawak muda, HUSIN TAK BAI yang sangat meminati dan
fanatik pada gaya lawak Osman Bombay, menjadikan Osman idolanya dan
ingin menjadi pelawak seperti Osman Bombay. Dia sentiasa mengikuti
persembahan Osman dan diterima oleh Osman sebagai protegenya.
Perhubungan rapat antara Juliah dengan M.G. Ramli
menimbulkan cemburu Osman, menyebabkan berlaku konflik di antara mereka
bertiga. Husin Tak Bai terperangkap antara konflik ini. Hasratnya untuk
menjadi pelawak seperti Osman Bombay mungkin tidak akan tercapai.
Apakah yang terjadi seterusnya antara Osman Bombay,
Juliah dan M.G. Ramli? Apakah pengakhiran yang berlaku terhadap diri
Osman Bombay dalam kerjayanya sebagai pelawak? Saksikan Raja Lawak untuk
mengetahui kesudahannya!
Pementasan kali ini membariskan pelakon asal, Jalil Hamid sebagai Osman Bombay atau Raja
Lawak, Abdul Rahim Muda atau Imuda (MG Ramli) serta Rasdi Daud
(jurujual) yang turut dibantu Shahrizan Ahmad atau Abon menggantikan
pelakon asal, Sabri Yunus dan Sharifah Mariam Syed Abdullah yang
memainkan watak juruacara.
SELAMAT MENONTON....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan