Ahad, 26 Mei 2013

HAPPY 4TH ANNIVERSARY.....


24 MEI 2009
ADALAH TARIKH YANG TAK AKAN AKU LUPAKAN



ALHAMDULILLAH..
SYUKUR AKU KEPADA ALLAH...
ENGKAU TELAH MEMBERIKAN AKU SEORANG LELAKI SEBAGAI PENEMAN KU DI BUMI INI...



DENGAN DIA AKU MENGADU SUKA DAN DUKA...
DENGAN DIA AKU MENGHARUNGI CABARAN....
SESUNGGUHNYA HANYA TUHAN SAJA YANG MENGERTI DAN FAHAMI SEGALA RINTIHAN, KELUHAN, DAN RASA HATI KAMI




SUSAH NAK DIGAMBARKAN DAN NAK DIUNGKAPKAN...
TIADA KATA, TIADA BAHASA, TIADA ISYARAT YANG NAK DIBERIKAN UNTUK MENGAMBARKAN PERASAAN KEBAHGIAAN KAMI..



TIDAK ADA CINTA TANPA PENGORBANAN..
PADA SATU SAAT PASTI AKAN KAU DAPATKAN..
ASALKAN PERJUANGAN YANG ENGKAU LAKUKAN..
DILANDASI DENGAN KESABARAN...
INSYALLAH...

"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang"
"Thankx 4 Everything, Kaulah nyawa dalam hidup ku"
"I love You, Very2 Much..muah3x"..







UNTUK AMALAN BERSAMA











Selasa, 21 Mei 2013

DEMAM !!!!

tetiba jek kakak DEMAM...
adui hai...
ini yang paling merisaukan mama...
public holiday + weekend dah ada plan holiday...
nasib la anak mama pandai + suka makan ubat
apa kan daya...
kita tunggu khamis ni dan tengok keadaan..



Photo
kakak Eira lepas balik klinik...sarapan dulu...



Photo: Cepat sembuh yer syg mama...klu x kita cancel holiday trip....
malam kat rumah...tidur...sambil mama lap kan badan bai sejuk...


MAMA HARAP ANAK MAMA AKAN CEPAT SEMBUH YER....
LUV U SAYANG.....



















Ahad, 19 Mei 2013

WARNA DAN PILIHAN.....



sekarang ni mesti semua tengah fening la dengan warna...
maklumlah hari raya dah nak timbul...
masing-masing duk buka almari tengok colour apa yang belum ada...
kalau mak-mak pula fesyen @ kain jenis apa pilihan tahun ini....
bapak-bapak siapkan jek duit sebab hasilnya pasti..
 cantik..menarik...dabooom....
nah saya bentangkan warna-warna untuk pilihan semua..


jangan lupa..
warna juga merupakan terapi....
nanti kita buat entri pasal terapi warna pulak ...
semoga ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan warna...



SELAMAT MEMBUAT PILIHAN !!!!!!

Khamis, 16 Mei 2013

RINDU DAN AIRMATA......

12 Mei....hari ibu...
rancak di muka buku mereka mengungkapkan ucapan SELAMAT HARI IBU...
tapi aku..
mengangkat kedua tangan ku....
dan berdoa...
agar ibuku sentiasa tenang dan dicucuri rahmatnya.....
aku masih merinduinya...
 kasih sayangnya...
suaranya...
belaiannya...
marahnya...
aku akur TUHAN lebih menyayanginya.....
kini aku juga seorang ibu kepada dua orang puteri....
terubat juga rasa rindu..
semoga TUHAN memberi aku peluang untuk mendidik anak-anakku..
agar menjadi manusia yang berguna...
INSYALLAH...
AMIN YARABAL ALAMIN....
 
 
Photo: :: Rindu my late mummy.. Al-fatihah~ *Loved ur mom as long as mereka masih hidup di muka bumi nie and please take a good care of her.

AL-FATIHAH....

Selasa, 14 Mei 2013

SELSEMA, BATUK DAN KAHAK.....



 

Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas. Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.
Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas.. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk melegakan hidung tersumbat...macam-macam cara dan petua yang boleh kita gunakan...

Dibawah merupakan antara teknik yang saya gunakan kepada anak-anak saya.....

LANGKAH PERTAMA : NEBULIZER@STEAMING
Lakukan proses 'steaming"......
  • Buat steaming di rumah boleh guna rice cooker , steaming kat anak dalam keadaan tertiarap.. then tepuk tepi dada belakang n hadapan untuk melonggarkan kahak dari tisu peparu dalam 15 minit....
  • di hospital....doc, akan guna nebulizer ....lebih kuat daripada steaming.....


LANGKAH KEDUA...TEKNIK TEPUKAN DINAMAKAN PERCUSSION@CUPPING
  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.





 **sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

LANGKAH KETIGA : SUCTION KAHAK (HANYA DI KLINIK@HOSPITAL)
  • HOSPITAL : Doktor akan memasukkan tiub yang kecil dan lembut kedalam hidung dan mulut...bayi@kanak-kanak akan terbatuk dan kahak akan disedut keluar...PLEASE JAGAN CUBA SENDIRI DIRUMAH.....
  • RUMAH : gunakan  alat bantuan sedut kahak..





**SAYA INGIN MEMBUAT CADANGAN UNTUK KE KLINIK NADIR UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK YANG ADA SELSEMA DAN KAHAK



KLINIK WANGSA
No. 46, Jalan 2A/27A, Section 1, 
Bandar Wangsa Maju, 
53300, Setapak, 
WP Kuala Lumpur  53100
03-4142-1614

Khamis, 2 Mei 2013

JOM MENGUNDI....


JOM KITA MENGUNDI



Panduan Mengundi 
Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah: 

• Warganegara Malaysia 
• Berumur 21 tahun ke atas. 
• Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya 
• (Mengikut alamat dalam kad pengenalan) 
• Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang 




 

 
Cara mengundi

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.
 
 
 
Peraturan Mengundi 

  1. Beratur 
  2. Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi 
  3. Mengundi hanya sekali 
  4. Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. 




Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http: //www.spr.gov.my atau hubungi: 
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 
Aras 4 – 5 Blok C7 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62690 Putrajaya 
Tel : 03-88856500 

Sumber Maklumat: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 

 Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi.