Khamis, 2 Mei 2013

JOM MENGUNDI....


JOM KITA MENGUNDI



Panduan Mengundi 
Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah: 

• Warganegara Malaysia 
• Berumur 21 tahun ke atas. 
• Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya 
• (Mengikut alamat dalam kad pengenalan) 
• Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang 




 

 
Cara mengundi

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.
 
 
 
Peraturan Mengundi 

  1. Beratur 
  2. Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi 
  3. Mengundi hanya sekali 
  4. Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. 




Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http: //www.spr.gov.my atau hubungi: 
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 
Aras 4 – 5 Blok C7 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62690 Putrajaya 
Tel : 03-88856500 

Sumber Maklumat: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 

 Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi.



















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan