Khamis, 10 Januari 2013

DaH BeRAkhIr........


Tamat dah drama bersiri ADAM DAN HAWA....sebuah pengakhiran cerita yang saya rasakan mengembirakan semua hati penonton....episod kali sungguh menyentuh hati.....rasa nak menangis pun ada masa HAWA baca kad atas katil hospital tu...

" Hawa dicipta dari tulang rusuk ADAM...bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya...bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya...melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya...dekat pada lengan untuk dilindunginya....dan..dekat di hati untuk untuk di cintainya...."
Indahnya kata-kata tu kan...isskhh..feeling lebih la plak...

Dalam berita radio pagi tadi kata yang mungkin ADAM DAN HAWA ni akan difilemkan.....wahhh, mesti pecah pangungkan....kalau lah jadikan saya sanggup beratur panjang dengan mr.hubbyku also anak-anakku untuk tengok filem ni....

Saya nak puji sikit pihak produksi tentang pemilihan pelakon dalam drama bersiri ni...credit untuk mereka.....mereka memilih barisan pelakon yang sememangnya memang boleh berlakon dan sesuai dan mereka berjaya menghidupkan watak yang diberi dan membuatkan saya percaya pada mereka...tahniahh!!!....bukan bersandarkan kepada rupa dan populariti semata-mata..... walaupun itu memang perlu ada dalam aspek publisiti.....sebab saya kata macam tu kerana..penonton akan lebih fokus pada jalan cerita dan lebih menghayati cerita itu...ala, macam kita baca novel la...mana kita dpt tgk muka watk tu cuma dapat membayangkan apa yang berlaku.......terima kasih AISYA SOFEA kerana memberikan plot penceritaan yang menarik dan jarang kita dapat tengok dalam drama melayu lain..oppsss.....just my 10 cent....bagi sapa yang belum tengok episod terkahir ni....layan dulu ni...




Adam Dan Hawa epd 80 (Akhir) - full by jiwang_sangat


 Jangan lupa ada promo ADAM DAN HAWA - opps!






Selamat tinggal Adam Mukhriz dan Ain Hawani.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan